English    BM

Kami faham bahawa kekal berhubung adalah satu keperluan.

Oleh itu, kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik bagi memastikan anda sentiasa berada di dalam talian, untuk ketenteraman anda.

Ini adalah janji unifi.

Di unifi, kami komited untuk memberikan anda pengalaman sambungan yang terbaik

Di bawah adalah cara-cara kami membuktikan keprihatinan kami

Servis Layan Diri
Bersama EasyFix

Kesan Masalah Dengan Mudah Dari Kediaman Anda

Ada beberapa isu yang boleh diselesaikan dengan mudah. Dalam situasi seperti ini, fungsi Servis Layan Diri EasyFix adalah satu kemudahan yang menjimatkan masa serta memudahkan anda.

  • Baik pulih dan diagnosis kendiri untuk menyelesaikan apa-apa masalah sambungan.
  • Langkah-langkah mudah yang boleh dilakukan sendiri untuk memulihkan masalah prestasi sambungan internet, telefon dan unifi TV.
  • Penjanaan tiket aduan (laporan) secara automatik atau akses ke Ejen Live Chat untuk bantuan selanjutnya.

Lihat Soalan Lazim    Buka EasyFix

Notifikasi Proaktif

Memastikan anda sentiasa dimaklumkan terlebih dahulu

Kami di unifi akan mengambil inisiatif untuk memaklumkan kepada anda tentang sebarang gangguan sambungan perkhidmatan unifi dalam usaha kami bagi memastikan anda sentiasa termaklum.

Usah bimbang, kerana perkhidmatan sambungan akan dipulihkan dalam masa yang singkat.

Melalui WhatsApp/SMS dan aplikasi myunifi...
  • Terima mesej peringatan awal melalui SMS atau pemberitahuan melalui aplikasi myunifi tentang masalah sambungan internet sebelum anda menyedarinya.
  • Pengesahan pengguna untuk gangguan perkhidmatan dipermudahkan bagi penjanaan tiket sokongan secara automatik. Ia bertujuan untuk mempercepatkan proses baik pulih.

Lihat Soalan Lazim

Penjejak
Perkhidmatan

Makluman semasa aktiviti baik pulih

Memberi makluman semasa berkenaan aduan perkhidmatan anda. Ini membolehkan anda menjejak perkembangan aduan untuk aktiviti baik pulih secara masa nyata termasuk butiran #unifiCareCrew.

  • Butiran dan perkembangan aktivity baik pulih kini di hujung jari anda.
  • Semak dan jejak perkembangan dalam masa nyata menerusi aplikasi myunifi.
  • Kemudahan untuk menyemak butiran #unifiCareCrew.

Lihat Soalan Lazim    Alaminya di aplikasi myunifi

Perkhidmatan
Baik Pulih 24 Jam

Komitmen kami untuk menghubungkan anda semula

Dalam usaha kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, kami komited untuk menyelesaikan gangguan perkidmatan anda dalam masa 24 jam daripada masa laporan anda diterima.

  • Jika kami gagal menyelesaikan masalah anda dalam masa yang ditetapkan, *rebat bil akan dikeluarkan dan boleh ditebus menerusi aplikasi myunifi dalam tempoh masa 30 hari.
  • Pengguna yang layak akan menerima notifikasi melalui SMS atau menerusi aplikasi myunifi.

Lihat Soalan Lazim    Alaminya di aplikasi myunifi

Pakar
unifi Elite

Penyelesaian oleh pakar hanya untuk anda

Apabila anda berhadapan situasi yang memerlukan lebih perhatian, Pakar unifi Elite sentiasa ada untuk membantu anda. Mereka adalah kumpulan profesional terlatih yang mampu memberikan anda pengalaman sambungan internet yang lebih baik, sama ada melalui penilaian terperinci, khidmat rundingan mahupun mengesan kerosakan.

  • Perkhidmatan perundingan Wi-Fi, kumpulan pakar yang dibentuk khusus untuk anda.
  • Tiada lagi zon mati Wi-Fi atau liputan Wi-Fi yang lemah di premis anda dengan adanya bantuan daripada Pakar unifi Elite.

Tempah Slot

Video-video #unifiTips

Ketahui cara bagaimana untuk menikmati pengalaman terbaik bersama unifi

Soalan Lazim

Anda boleh menganalisa dan baik pulih kendiri masalah berkaitan rangkaian internet, talian telefon dan juga unifi TV melalui halaman portal atau telefon mudah alih.

Jangan bimbang, jika isu anda berlanjutan selepas melakukan baik pulih kendiri, laporan akan dibuat secara automatik atau anda boleh berhubung terus dengan Care Crews kami di Live Chat untuk bantuan selanjutnya.

Anda boleh menggunakan EasyFix melalui aplikasi myunifi, portal unifi atau di pautan easyfix.unifi.com.my yang boleh diakses melalui komputer, komputer riba atau telefon mudah alih anda.

Sekiranya masalah rangkaian dikesan di pihak TM, kami akan menghantar notifikasi secara proaktif melalui SMS dan/atau notifikasi di aplikasi myunifi jika;

  • Akaun anda berstatus aktif; tidak disekat
  • Tidak ada tiket / laporan yang masih belum ditutup
  • Kegagalan rangkaian yang tidak melibatkan pelanggan lain di dalam kawasan yang sama

SMS/paparan notifikasi aplikasi myunifi

Anda akan menerima mesej berikut daripada kami:

“Hi. We detected a problem with yourunifi@unifi internet connection. Please click here to restore now i.unifi.my/fixmyunifi”
 

Anda hanya perlu mengikuti langkah berikut setelah menerima nofikasi daripada kami untuk persetujuan baik pulih:

  1. Klik pada pautan yang telah dikirimkan
  2. Beri pengesahan NRIC/No Passport/No Pendaftaran Syarikat.
  3. Anda perlu megesahkan nombor akaun yang tertera adalah tepat.
  4. Jika tepat, klik pada “Proceed to restore my unifi service” untuk kami membuat baik pulih. TM Care Crew akan menghubungi anda sebelum tiba ke premis anda.
  5. Jika tidak tepat atau anda tidak bersetuju untuk meneruskan baikpulih, sila klik pada “I disagree with the restoration” dan nyatakan sebab berkaitan.

Saluran WhatsApp unifi Care

  1. Anda akan menerima WhatsApp dari nombor +60 3 2240 1125 (unifi Care).
  2. “Maya”, rakan digital unifi anda akan memberitahu yang anda mengalami masalah dengan perkhidmatan unifi.
  3. Beri pengesahan NRIC/No. Passport/No. Pendaftaran Syarikat.
  4. Anda perlu mengesahkan bahawa nombor akaun yang tertera adalah tepat.
  5. Jika tepat, balas “Y” untuk kami membuat baik pulih. Laporan akan terus dibuat dan nombor laporan akan dimaklumkan.
  6. Jika anda tidak bersetuju untuk meneruskan baik pulih, balas “N” dan nyatakan sebab berkaitan.

Ciri tambahan untuk notifikasi melalui WhatsApp:

  1. Jika anda tidak memberi maklum balas semasa notifikasi pertama, anda akan mendapat mesej seterusnya pada:
    • 10 minit kemudian
    • 4 jam kemudian
    • 8 jam kemudian
  2. Selepas 8 jam, mesej yang pertama akan terbatal dan jika anda memberi maklum balas selepas 8 jam, anda akan mendapat notifikasi untuk berhubung dengan kami melalui Live Chat https://livechat.tm.com.my
  3. Untuk pelanggan yang melanggan pakej 100Mbps dan ke atas, sekiranya masih belum memberi maklum balas selepas 2 jam, kami akan meneruskan untuk membuat laporan untuk anda. Care Crew kami akan mengambil tindakan selanjutnya untuk membaik pulih perkhidmatan unifi anda.

Ya, semua pelanggan unifi akan menerima notifikasi jika isu perkhidmatan telah dikesan,

Bagaimanapun, anda tidak akan menerima notifikasi jika:

  • Akaun anda telah digantung
  • Anda telah membuat laporan kerosakan
  • Kegagalan rangkaian melibatkan pelanggan lain di dalam kawasan yang sama
SMS notifikasi akan dihantar menggunakan nombor 66555.
Notifikasi WhatsApp akan dihantar kepada anda dari +60 3 2240 1125 (unifi Care).
Ya. Anda masih boleh menerima notifikasi melalui SMS tetapi anda amat disarankan untuk menggunakan aplikasi myunifi. Anda boleh memuat turun aplikasi myunifi di unifi.com.my/personal/myunifi.

Sebaik sahaja anda menerima notifikasi, anda boleh melihat dan mengikuti aktiviti semasa anda termasuk status baik pulih melalui aplikasi myunifi dan portal unifi.

Untuk melihat status dan laporan anda melalui aplikasi myunifi:

  1. Klik pada ‘Account’ di bahagian bawah muka hadapan aplikasi myunifi.
  2. Klik pada tab ‘My Activity’.
  3. Klik ‘Unifi Home Technical Request’ untuk melihat status
  4. Segala butiran aktiviti akan tertera
  5. Klik pada ‘Track Status’ untuk melihat status terkini berteraskan masa sebenar.

Untuk melihat status dan laporan anda melalui unifi portal:

  1. Layari https:/unifi.com.my dan klik ‘Login/Register’.
  2. Daftar dan log masuk menggunakan pendaftaran email dengan DigitalMe.
  3. Skrol ke bawah dan klik pada ‘My Activity’.’
  4. Pada tab ‘My Activity’, anda boleh melihat status terkini laporan anda dengan:
    • Memasukkan nombor rujukan anda atau;
    • Carian menggunakan anggaran tarikh atau;
    • Carian nombor rujukan dengan menggunakan jenis tiket (Klik "All Request, All Services")
  5. Klik ‘Track Ticket’ untuk melihat butiran status.
Tiket laporan anda akan mula kelihatan di dalam aplikasi dalam tempoh lebih kurang 15 minit selepas anda membuat laporan.
Bil rebat ini hanya untuk pelanggan yang melanggan pakej unifi 100mbps dan ke atas sahaja
Maaf, rebat yang telah tamat tempoh akan dibatalkan dan tidak akan diisu semula.
Maaf, rebat ini tidak boleh digantikan dengan wang tunai, cek mahupun pindahan wang melalui bank.
Lihat Senarai Penuh Soalan Lazim #unfiCares

Sudahkah anda memuat turun aplikasi myunifi?

Bayar bil unifi, dapatkan sokongan dan ganjaran melalui satu aplikasi.

Muat turun sekarang