share

Mek Gyver

P13
Mengisahkan Zara seorang wanita yang suka melakukan kerja-kerja membaik pulih, dia suka membantu pemasalahan orang lain seperti baiki motor, kereta, baiki jentera ladang, baiki paip, komputer dan sebagainya. Aizul berkawan baik dengan Zara sejak sekolah dan menjalankan perniagaan perkhidmatan baik pulih. Aizul memujuk Zara untuk bekerja bersamanya. Zara bersetuju kerana ingin mencari duit saku dan juga duit untuk membaiki surau. Kemudian muncul pula Izlan membuka perniagaan yang sama juga memujuk Zara bekerja dengannya tetapi Zara enggan dan perang projek mula meletus. Aizul dan Izlan menyukai Zara, tetapi Zara sebaliknya sukakan Aris. Aris seorang lelaki yang sederhana, warak dan bekerja sebagai tukang paip. Aris juga menjaga ibunya yang sakit selepas diserang strok. Aizul dan Izlan bersepakat untuk jauhkan Zara dengan Aris hingga ke peringgat menghina Aris yang miskin. Zara tetap teguh menahankan Aris, tanpa mengetahui rahsia sebenar Aris. Aris sudah hilang sabar, lalu dia telah muncul dengan imej perniagaan ternama. Rupanya dia seorang anak hartawan dan sengaja menjaga ibunya yang suka tinggal di kampung. Akhirnya, Zara dengan bangga mengumumkan yang dia memilih Aris sebagai cinta matinya. Aris juga turut membantu membaik pulih surau di kampung tersebut bersama Zara.
Cast:
Aisyah Hasnaa, Reza Hasbi, Afzan Rahman

Genre:
Drama

Catch Up Live TV

Step 1
Use the ‘Live TV button’ on your remote or select Live TV from the ‘Main Menu’.
Step 2
Press ‘OK’ for the channel that you would like to purchase.
Step 3
Press ‘OK’ again to purchase and enter 6-digit pin to confirm (Default PIN is 123456).
Step 4
Enjoy your newly confirmed channel in just a few minutes!