share

Hanya Segenggam Setia

"FARHA NARIFF seorang lelaki yang seringkali tidak percaya pada cinta pertama, tidak seperti rakan-rakannya yang lain sudah mencuba untuk memikat dan saling terpikat. Dengan hidupnya yang sederhana dia cuba menjadi yang terbaik untuk keluarga dan menikmati hidupnya seperti mereka yang lain tanpa memikirkan masalah yang ada. Namun pertemuannya dengan gadis bernama Nayla Alisa membuka pintu hatinya buat pertama kali. NAYLA ALISA gadis yang ceria dan ceria namun kadangkala bersikap degil kerana setiap keputusan keluarganya terpaksa dipatuhi. Farhan meminati Nayla dalam diam dan sering membantu Nayla tanpa pengetahuannya sehinggalah Nayla mendapat tahu bahawa Farhan sering ‘menjaganya’ dalam diam. Kebaikan dan keihklasan Farhan turut membuka pintu hati Nayla untuk menerimanya. Kasih yang disemai kian mekar menjadi sebuah cinta selepas tahun berganti tahun. Farhan sedar bahawa dia dan Nayla berbeza. Nayla lahir dari kalangan orang berada dan dia hanya lelaki biasa yang hidup bersederhana. Namun Farhan meyakinkan Nayla bahawa dia akan berusaha sebaik mungkin dan menggengam janji setia yang ditabur buat Nayla. Kesungguhan Farhan untuk menjaga dan menyayangi Nayla akhirnya meruntuhkan dinding antara dia dan Nayla. Bahagia yang diimpi seakan mimpi dan Nayla terasa dikhianati apabila Farhan hadir dalam sebuah rombongan meminangnya untuk lelaki lain. Bertambah berang hatinya apabila Farhan beriya memujuknya untuk menerima pinangan dari sepupunya, HAZIMseorangpemuda yang kacak, ego dan berharta. Keluarga Nayla menyebelahi Farhan memandang Hazim anak kepada rakan kongsi mereka. Nayla memberontak dan menolak mentah pinangan dari Hazim. Nayla beriya mendapatkan penjelasan dari Farhan namun Farhan tetap mendesaknya agar menerima Hazim. Nayla menjauhkan diri dan membenci Farhan serta memberontak. Farhan mengunci mulutnya dan mentabahkan hatinya. Farhan memujuk Nayla supaya berubah dan kembali seperti sebelumnya namun Nayla membencinya dan melepaskan segala amarah dan rasa kecewanya. Farhan ditinggalkan dengan rasa benci. Farhan menemui Hazim dan merayu agar menerima Nayla dengan seikhlas hati. Dia tidak mahu Nayla menderita selepas dia membuat keputusan untuk melepaskan Nayla ketangan Hazim. Farhan menceritakan segalanya kepada Hazim. Bukan dia tidak mahu memilih bahagia bersama Nayla namun tiada daya untuk dia melawan kehendak Ilahi. Farhan menderita sakit selepas dia pernah cuba melindungi Nayla dari dilanggar oleh sebuah kereta. Akibatnya Farhan menderita pendarahan di otak dan masanya amat singkat dan dia akan pergi pada bila-bila masa. Luahan Farhan membuatkan Hazim terkedu dan mengagumi pengorbanannya. Hazim berfikir panjang dan akhirnya bersetuju dengan permintaan Farhan. Hazim mula memikat hati Nayla walau dia sedar bukan namanya di dalam hati gadis itu. Akhirnya Farhan membuka mulut selepas Nayla berjanji akan berkahwin dengan Hazim. Bagaikan tidak percaya, Nayla terduduk menangis mengetahui kenyataan lelaki yang dicintai akan meninggalkan dia selamanya gar-gara demi menyelamatkan nyawanya dan barulah dia tahu rupanya Farhan merayu kepada keluarganya agar menerima Hazim dan bukan dirinya sebagai pendamping dalam hidup Nayla. Dengan berat hati mereka menerima cadangan Farhan. Farhan juga berduka disaat disedar dia harus meninggalkan segalanya dan kembali kepada Yang MahaEsa. Nayla meminta agar dia diberi peluang untuk kali terakhir. Dia mahu meluangkan masa bersama Farhan sebagai kekasih seperti dulu walau hanya sehari. Mereka saling mengimbau kisah cinta mereka dan pergi ketempat yang menjadi kenangan buat mereka. Dengan pedih Nayla berpisah dengan Farhan secara damai. Farhan meminta maaf kerana tidak berpegang pada janjinya.
Cast:
Gambit Saifullah, Dania Azmi, Carolina Binur, Fauzi Nawawi , Lisdawati

Genre:
Movie

Catch Up Live TV

Step 1
Use the ‘Live TV button’ on your remote or select Live TV from the ‘Main Menu’.
Step 2
Press ‘OK’ for the channel that you would like to purchase.
Step 3
Press ‘OK’ again to purchase and enter 6-digit pin to confirm (Default PIN is 123456).
Step 4
Enjoy your newly confirmed channel in just a few minutes!