share

Cikgu Dol Masuk Kampung

2018
P13
Cikgu Dol Masuk Kampung : Kampung Belacan, merupakan sebuah kawasan pengeluar belacan yang dihuni oleh penduduk berfikiran cetek terhadap kepentingan ilmu agama dalam kehidupan seharian. Dalam fikiran mereka, dunia, dunia, dan dunia. Tambahan pula, terdapat beberapa masalah yang sering terjadi di kampung tersebut sehingga menyebabkan keadaan kampung tidak lagi seperti dahulu. Seorang kepala kampung, TOK KETUA cuba untuk mengubah persepsi masyarakat di situ terhadap kepentingan ajaran agama namun dirinya sendiri cetek akan ilmu tersebut. Selain itu, dia juga mencuba untuk memberi kesedaran kepada penduduk terhadap masalah yang berlaku. Gagal!CIKGU DOL datang ke Kampung Belacan untuk berjumpa dengan saudara jauh yang sudah lama tidak bertemu, Tok Ketua. Kehadiran Cikgu Dol dipandang pelik oleh segelintir penduduk kerana penampilannya yang bergaya dan sentiasa kelihatan ‘bandar’. Melihat keadaan kampung yang serba kekurangan dari aspek pendidikan dan akhlak itu, Cikgu Dol tekad untuk memulakan misi mengubah masa depan dunia! Dia membuka kelas untuk mengajar ilmu agama, namun mendapat tentangan daripada sebilangan penduduk kerana mereka berpendapat bahawa perkara tersebut cuma membuang masa dan tenaga. Satu kelas diadakan oleh Cikgu Dol, malangnya hanya beberapa orang sahaja yang hadir, antaranya Tok Ketua, dan sepasang suami isteri yang baru berkahwin, HAMIN dan MINAHyang sering bertengkar. MAMANmerupakan seorang remaja yang melarikan diri ke Kampung Belacan kerana kantoi mencuri. Pertemuan secara tidak sengaja antara Maman dan Cikgu Dol menyebabkan Maman turut berada dalam ceramah itu. Tok Ketua dan Cikgu Dol memikirkan cara untuk menarik perhatian penduduk kampung yang lain untuk menghadiri ceramah agama. Satu demi satu masalah menimpa penduduk kampung. Cikgu Dol cuba untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung, namun ditentang mentah-mentah! Masalah rumahtangga Hamin dan Minah berjaya diatasi dengan bantuan Cikgu Dol. Maman pula mendapat nasihat yang berguna dari Cikgu Dol, menyebabkan dirinya insaf. Kelas agama yang hanya melibatkan Tok Ketua, Maman, Hamin dan Minah berjalan seperti biasa. Cikgu Dol bertanggungjawab memberi didikan kepada mereka, namun cara dan kaedah yang digunakan sangat pelik sehingga menimbulkan adegan-adegan lucu. Cikgu Dol mengajar mereka seperti dalam kelas kanak-kanak. Kehadiran seorang pengusaha belacan di bandar, SIDAHyang merupakan bekas rakan sekelas Cikgu Dol di kolej membongkar rahsia sebenar Cikgu Dol. Cikgu Dol merupakan seorang pelajar Diploma Pendidikan Awak Kanak-Kanak yang tidak tamat pengajian! Hal ini bikin kecoh Tok Ketua, Maman, Hamin, dan Minah yang selama ini mempercayainya. Bukan itu sahaja, penduduk kampung yang lainnya bertindak menghalau Cikgu Dol keluar dari Kampung Belacan. Namun, setelah ketiadaan Cikgu Dol di kampung tersebut, mereka menyedari setiap tindakan yang pernah diajar oleh Cikgu Dol memberi kesan dalam kehidupan mereka. Maman insaf. Hamin dan Minah juga sudah tidak bergaduh lagi. Mereka memerlukan seorang yang boleh mengajar mereka seperti Cikgu Dol, walaupun cara dan kaedah yang digunakan seperti mengajar kanak-kanak. Cikgu Dol memberi penjelasan bahawa sungguhpun dia gagal untuk menamatkan pengajiannya di kolej dan gagal mengejar cita-citanya menjadi seorang guru, namun dia tidak pernah berhenti berusaha dan yakin pada diri sendiri. Akhirnya, misi Cikgu Dol untuk mengubah masa hadapan dunia diteruskan di Kampung Belacan.
Cast:
Talha Harith, Carolina Binur

Catch Up Live TV

Step 1
Use the ‘Live TV button’ on your remote or select Live TV from the ‘Main Menu’.
Step 2
Press ‘OK’ for the channel that you would like to purchase.
Step 3
Press ‘OK’ again to purchase and enter 6-digit pin to confirm (Default PIN is 123456).
Step 4
Enjoy your newly confirmed channel in just a few minutes!