share

Calon Menantu Bapak

"Kisah bermula dengan IMRAN SHAH yang mahu mencarikan jodoh untuk anak sulungnya iaitu IRWAN SHAH dan menegaskan bahawa menantunya itu tidak boleh bekerja dan harus tinggal di rumah tersebut bersama bapa mertua, ibu mertua dan adik ipar. Irwan Shah mempunyai pilihan hatinya sendiri namun dia tahu teman wanitanya itu seorang wanita yang mahu mengejar cita-cita sendiri dan tidak akan mengalah untuk hidup bersama keluarganya yang pelik itu. Akhirnya, Irwan mengalah dan memutuskan hubungan cinta mereka serta bersetuju untuk berkahwin dengan pilihan ayahnya. Imran tidak pernah beralah dengan setiap arahannya. Dia sangat taksub dengan adat dan peraturan sehinggakan isterinya, FATIMAH juga tidak mampu berkata apa-apa. Sepanjang hidupnya, dia hanya menurut kata-kata Imran dan langsung tidak dberi hak untuk menyuarakan pendapat di dalam rumah tersebut. Imran mendapat jodoh untuk Irwan, ALISYA. Alisya merupakan anak kepada penghulu kampung sebelah. Alisya seorang gadis yang baik budi pekerti dan bersopan-santun. Imran sangat berkenan dan mahu menjadikan Alisya sebagai menantunya. Memandangkan tiada bantahan dari Irwan mahupun Alisya, maka berkahwinlah Irwan dan Alisya. Imran mengadakan majlis di kampungnya secara besar-besaran. Dia menjemput seluruh kaum keluarga termasuklah keluarga HAJI FAIZUL, sepupunya yang juga tinggal di kampung sebelah. Haji Faizul datang ke majlis tersebut bersama isterinya, HAJAH AMINAH dan anak perempuannya, RATNA. Berkumpulnya mereka semua di majlis tersebut menemukan IRFAN SHAH, anak bongsu Imran dengan Ratna. Oleh kerana sudah lama tidak bertemu kerana Ratna bersekolah di tempat lain menyebabkan Ratna dan Irfan tidak pernah melihat diri-masing dalam versi dewasa. Irfan terpikat dengan kecantikan Ratna dan berhasrat mahu menyunting Ratna menjadi isterinya tanpa dia menyedari bahawa Ratna mengimpikan perkara lain.
Cast:
Elvina Chua, Ben Amir, Tengku Fiella

Genre:
Movie

Catch Up Live TV

Step 1
Use the ‘Live TV button’ on your remote or select Live TV from the ‘Main Menu’.
Step 2
Press ‘OK’ for the channel that you would like to purchase.
Step 3
Press ‘OK’ again to purchase and enter 6-digit pin to confirm (Default PIN is 123456).
Step 4
Enjoy your newly confirmed channel in just a few minutes!