share

Anda Telah Diprank

2017
P13
"ADAM dan SURIA adalah sepasang kekasih yang memang sehati sejiwa. Hobi mereka ialah, mengenakan orang bersama dua lagi kawan, Johan dan Kamil. Suatu hari, Suria menghubungi Nia, kawannya melalui panggilan video. Nia terkejut apabila melihat ada seseorang dalam rumah Suria. Keadaan menjadi cemas dan tak terkawal apabila ‘seseorang’ itu membunuh Suria dan memberitahu dia akan datang mencari Nia pula. Nia yang cemas terus berlari mengambil pisau. Malangnya, pisau itu tertikam dirinya sendiri. Semasa Nia bergelut dengan kematian, Suria,Adam, Johan dan Kamil ketawa dan menjerit, “Anda telah diprank!” Kematian Nia menyebabkan Suria dan Adam rasa bersalah. Ia juga menjadi tajuk utama berita. Adam, Suria, Johan dan Kamil turut ditahan untuk membantu siasatan namun kematian Nia diklasifikasikan sebagai kemalangan dan mereka dibebaskan. Malangnya tidak lama selepas kematian Nia, Johan dan Kamil telah dibunuh! Kemudian, seorang demi seorang yang membuat prank lain, akan dibunuh oleh seseorang berhoodie yang mengatakan, “Anda telah diprank!” sebelum membunuh mereka. Kejadian ini menggemparkan negara dan membuatkan Adam, terutamanya Suria hidup dalam ketakutan. Suria dan Adam cuba menyiasat dalam usaha menyelamatkan diri mereka dari ketakutan dibunuh. Mereka percaya hantu Nia adalah ‘seseorang’ yang ingin membalas dendam. Apabila segalanya terbongkar, seseorang berhoodie itu sebenarnya adalah Mimie, childhood friend Nia yang rupa-rupanya menyaksikan kematian Nia pada malam prank itu. Dia sangat membenci budaya prank dan bertekad untuk membalas dendam demi menghapuskan manusia tak guna ini dari muka bumi. "
Cast:
Dayang Areeda, Sya Nasir, Aizat Hassan, Intan Ladyana

Catch Up Live TV

Step 1
Use the ‘Live TV button’ on your remote or select Live TV from the ‘Main Menu’.
Step 2
Press ‘OK’ for the channel that you would like to purchase.
Step 3
Press ‘OK’ again to purchase and enter 6-digit pin to confirm (Default PIN is 123456).
Step 4
Enjoy your newly confirmed channel in just a few minutes!