FLAT SIMPANG SATU
Di Flat Simpang Satu, Farok, Sari dan Samad menjalani kehidupan sederhana seperti biasa sehinggalah satu malam segalanya berubah. Selepas pulang dari rutin harian, mereka mendapati seluruh penghuni flat termasuk keluarga masing-masing hilang tanpa khabar. Dalam usaha mencari jawapan, mereka mula berdepan dengan kejadian-kejadian aneh, suara misteri dan satu kelibat yang seolah-olah memerhati setiap langkah mereka.
Apakah sebenarnya yang berlaku di Flat Simpang Satu? Ke manakah perginya semua penduduk? Ketika misteri semakin menakutkan, tiga jiwa ini terpaksa merungkai satu rahsia besar yang mungkin mengubah segalanya.
You may also like




