Hilang Kasyorga
Kasyorga, anak piatu tanpa identiti, hilang secara tiba-tiba selepas bermain bersama rakannya, Hamdi. Pak Bakar, pengemis yang membesarkannya, meminta bantuan jirannya, Rodi, seorang bekas pembunuh upahan. Siasatan membawa Rodi menyelami dunia gelap skandal, sindiket pemerdagangan manusia, dan penjenayah kejam yang berselindung di sebalik wajah penyayang. Dalam usahanya mencari Kasyorga, Rodi terpaksa berdepan dengan masa silamnya dan membuat pilihan sukar yang bakal menentukan hidup mati seorang kanak-kanak.