Sokongan

Semua informasi yang anda cari tentang unifi TV ada di sini ​

Semua tentang unifi TV

unifi TV dulunya dikenali sebagai HyppTV merupakan penyedia perkhidmatan IPTV (TV Protokol Internet), di mana kandungan TV di hantar secara digital menggunakan internet. Dalam hal ini, TM menjadikan unifi TV Box sebagai medium untuk menghantar kandungan TV menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi terus ke kaca TV. Selain itu, perkhidmatan On Demand, aplikasi interaktif dan siaran TV secara langsung juga tersedia buat pelanggan unifi Broadband.

unifi TV sebelum ini dikenali sebagai HyppTV. Pakej dan pengalaman menonton anda masih boleh dinikmati seperti biasa.

unifi TV menawarkan banyak kelebihan;

  • Pengalaman menonton cara baru. Kini lebih banyak perkara anda boleh lakukan menerusi TV.
  • Kawal TV anda dan hanya bayar saluran yang anda lihat juga perkhidmatan On Demand yang anda nikmati.
  • Jadi yang pertama menonton program yang kami datangkan dalam masa 24 jam selepas tayangan di tempat asal. 
  • Tiada lagi kekangan masa atau jadual yang ketat sebab anda boleh pilih untuk menonton bila-bila masa di mana sahaja dengan On Demand.
  • Gangguan cuaca? Tiada masalah.
  • Pelbagai aplikasi media penstriman (OTT).  Kami bawakan internet interaktiviti ke TV anda.

Ya, boleh. unifi TV adalah servis yang ditawarkan atas rangkaian internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi, jadi cuaca buruk bukan penghalang. 

Berbanding TV satelit, unifi TV berbeza disebabkan kandungan TV di hantar menerusi rangkaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi terus ke kaca TV jadi ia takkan terpengaruh dengan sebarang perubahan cuaca. Platform jalur lebar juga membolehkan anda menikmati aplikasi TV interaktif. 

unifi TV juga berbeza dari segi harga, di mana anda hanya perlu membayar saluran TV, filem atau program bersiri yang anda pilih berbanding membayar keseluruhan pakej.
 

Ya,boleh. unifi TV menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi untuk menghantar kandungannya, jadi perkhidmatan Pay TV yang lain tidak akan terganggu sama sekali.

Tidak, selagi mana TV anda bersambung dengan penyedia perkhidmatan, anda boleh pilih untuk menggunakan salah satu antara keduanya.

Boleh. unifi TV tidak akan menjejaskan akses internet anda.

Tidak. unifi TV ditawarkan secara 3 serangkai; internet (unifi Broadband), video (unifi TV) dan suara.

Ya, boleh. Selain tawaran asas sedia ada, anda boleh memilih tambahan salah satu Live TV atau Video on Demand atau kedua-duanya. 

Terdapat tiga jenis kandungan TV;

  • Video On Demand: Pelanggan boleh membeli filem, TV bersiri atau program dan kandungan eksklusif menerusi perkhidmatan Video On Demand (VOD).
  • Saluran Siaran TV secara Langsung atau Live TV:
    • Siaran TV secara Langsung termasuk saluran TV antarabangsa juga tempatan.
    • Saluran Percuma unifi TV: Didatangkan bersekali dengan atau sebahagian pakej semua pelanggan unifi.
    • Saluran Premium unifi TV: Semua pengguna pakej unifi boleh membeli saluran premium secara individu pada harga unik setiap saluran.
  • Tawaran terkini semua saluran boleh didapati di https:unifi.com.my/tv/plans 
  • Aplikasi Media Penstriman (OTT) : Pelanggan boleh melanggan filem, TV bersiri atau program dan kandungan eksklusif menerusi aplikasi media penstriman tersedia.

• Sistem yang membenarkan pengguna memilih, melihat/mendengar kandungan video atau audio secara on demand atau secara permintaan.

  • Sistem video dengan resolusi yang jauh lagi hebat dengan imej lagi tajam berbanding TV analog atau TV Definisi Biasa.
  • Video unifi TV HD memaparkan resolusi 1920 x 1080 piksel (1080i)
  • Untuk menikmati kandungan HD, anda dikehendaki memastikan TV anda adalah TV set HD-Ready.

unifi TV Graphical User Interface (GUI) sejenis paparan antara muka pengguna yang membenarkan interaksi antara pengguna dengan kandungan yang terkandung di dalam unifi TV. Ia menawarkan ikon grafik, simbol atau indikator visual untuk menyediakan arahan yang mewakili informasi yang tersedia kepada pengguna menerusi alat kawalan jauh. Ini membantu anda memanfaatkan perkhidmatan untuk mendapat kandungan yang anda mahukan. Sila rujuk panduan pengguna untuk mengetahui bagaimana menggunakan GUI.

Boleh. Anda boleh memperibadikan informasi profil anda menerusi 'setting' atau penetapan.


*Ciri khas ini hanya terdapat pada unifi TV media box (STB).

Buat masa sekarang kami hanya menawarkan English sebagai 'default' di dalam sistem kami.

Tidak, pegawai kami akan melakukannya untuk anda. Sila ambil perhatian yang buat masa sekarang hanya terdapat 4:3.


*Ciri khas ini hanya terdapat pada unifi TV media box (STB).

Tidak, ia akan mengikut aspek skrin "default".

*Ciri khas ini hanya terdapat pada unifi TV media box (STB).

Tidak, ia tidak akan menukar kualiti gambar.

*Ciri khas ini hanya terdapat pada unifi TV media box (STB).

Hanya pergi kepada pilihan Penetapan atau Settings pada menu utama, ikuti langkah mudah dan sahkan perubahan dengan menekan butang OK.

*Ciri khas ini hanya terdapat pada unifi TV media box(STB).

Tidak perlu, jika anda menukar spek skrin pada penetapan, ia akan dsimpan sehingga anda menukarkannya kembali.

*Ciri khas ini hanya terdapat pada unifi TV media box(STB).

Akaun & Pengebilan

Setiap saluran berbeza harganya disebabkan keunikan dari segi penawaran kandungan, genre program juga kualiti,- SD mahupun HD.

Setiap kategori kandungan Video On Demand berbeza harganya.

  • On Demand: Perkhidmatan TV On Demand yang menawarkan filem Hollywood, Malaysia dan juga Asia.
  • Free View: Kandungan percuma seperti Fokus Hari Ini dan kandungan daripada pakej Knowledge Nature.
  • Dunia Sinema HD: Akses kepada 10 filem Melayu pelbagai genre setiap bulan. Akses 10 filem pada bulan pertama dan 5 filem diperbaharui untuk bulan seterusnya. RM10 sebulan.
  • BBC First HD: Saluran on Demand yang menempatkan program premium dan drama original BBC, baru dan lama, untuk anda tonton bila-bila masa di mana sahaja. RM15 sebulan.

Tempoh minimum bergantung kepada kontrak anda. Kandungan langganan bulanan hanya boleh dibatalkan atau dihentikan atas permintaan pelanggan, jika tidak, langganan anda akan diperbaharui setiap bulan.

• Menerusi TV EPG, apabila anda melayari kandungan video On Demand yang tidak dilanggan, anda akan diberikan pilihan untuk melanggan dengan menekan butang pengesahan. Kemudian anda akan diminta untuk memasukkan PIN untuk membuat pembelian, sekiranya langganan berjaya, anda boleh menikmati kandungan seperti biasa.

• Menerusi TMUC - Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan TM di 100/ +603-2241129 sekiranya anda menghubungi daripada luar negara, sebutkan ID anda juga saluran yang ingin anda nikmati.

• Menerusi TM Point - Kunjungi TM Point outlet berdekatan dan beritahu ID anda beserta saluran yang ingin dilanggan.

• Menerusi portal myunifi - Log masuk ke unifi Layan Diri atau unifi Self Care(http://https://unifi.com.my) dan ikut arahan yang diberi.

Menerusi TV EPG, apabila anda melayari kandungan video On Demand yang tidak dilanggan, anda akan diberikan pilihan untuk melanggan dengan menekan klik butang pengesahan. Kemudian anda akan diminta untuk memasukkan PIN anda untuk membuat pembelian, sekiranya langganan berjaya, anda boleh menikmati kandungan seperti biasa.

Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan TM di 100/ +603 2241129 jika anda menghubungi dari luar negara untuk mengetahui pelan langganan anda. Ada juga boleh melihat saluran yang anda beli.

Bayaran prorata hanya terpakai untuk kandungan langganan bulanan seperti saluran Premium, Home Cinema dan Kid's Favourite sahaja.

Cara kiraan tidak terpakai kepada VOD kerana caj VOD adalah sekali sahaja. Caj langganan saluran premium akan tercatat pada bil seperti berikut: Jumlah pro-rata waktu sebelumnya+ caj bulanan (1 bulan+asas). Sebagai contoh jika A melanggan CBeeBies pada 7 September, caj yang akan dikenakan pada bil

=Jumlah prorata September + caj bulanan Oktober

= [(24/30 x RM6) + RM6]

= RM4.80+ RM6

= RM10.80.

Kata laluan unifi TV adalah 12- digit abjad dan nombor yang digunakan untuk:

• Pengaktifan kali pertama Set-Top Box

•Master PIN untuk set semula PIN pembelian atau PIN Parental.

Kata laluan masuk unifi TV dicetak pada slip pengesahan yang diberikan kepada anda sebaik sahaja pemasangan Set-Top-Box anda berjaya. Sekiranya anda tidak memiliki slip pengesahan bersama anda, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan TM di 100/ +6032241129 sekiranya anda memanggil dari luar negara untuk kata laluan masuk baru unifi TV. Atau Pusat TM akan memberikan kata laluan masuk unifi TV anda yang baru, atau anda boleh memohon untuk kata laluan tersebut menerusi SMS ataupun email.

Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan TM 100/+6032241129 sekiranya anda menghubungi dari luar negara untuk menukar atau membuat penetapan semula kata laluan masuk unifi TV. Atau Pusat TM akan memberikan kata laluan masuk unifi TV anda yang baru, atau anda boleh memohon untuk kata laluan tersebut menerusi SMS ataupun email.

PIN Pembelian adalah nombor PIN yang digunakan untuk membeli kandungan unifi TV seperti Video on Demand (VOD), Series Video on Demand (SVOD), Series on Demand (SOD) saluran premium dan banyak lagi konten berbayar.

PIN pengaktifan adalah 123456. Bagaimanapun nombor PIN ini adalah PIN sementara dan pelanggan wajib menukar nombor PIN tersebut sebelum meneruskan pembelian.

Anda boleh ke Penetapan atau 'Settings' pada menu utama dan klik Tukar PIN di bawah Profil Informasi. Anda akan diberikan pilihan untuk menukar PIN pembelian anda.

Anda boleh ke Penetapan atau 'Settings' pada menu utama dan klik Tukar PIN di bawah Profil Informasi. Anda akan diberikan pilihan untuk set semula PIN pembelian anda. Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan masuk unifi TV bagi tujuan pengesahan.

Parental PIN adalah PIN nombor 6-digit menyekat atau membuka fungsi parental pada saluran yang telah diaktifkan fungsi tersebut.

Default PIN adalah 123456. Bagi tujuan keselamatan anda diminta untuk menukar kepada 6-Digit nombor yang lain.

Anda boleh ke Penetapan atau 'Settings' pada menu utama dan klik Tukar PIN di bawah Profil Informasi. Anda akan diberikan pilihan untuk menukar PIN Pembelian/Parental anda.

Anda boleh ke Penetapan atau 'Settings' pada menu utama dan klik Tukar PIN di bawah Profil Informasi. Anda akan diberikan pilihan untuk set semula PIN Pembelian/Parental anda. Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan masuk unifi TV bagi tujuan pengesahan.

Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan TM 100/+6032241129 sekiranya anda menghubungi dari luar negara untuk kata laluan masuk baru unifi TV atau Pusat TM unifi akan memberikan kata laluan baru atau anda boleh memohon ia dihantar menerusi SMS ataupun email.

Tidak perlu.

Teknikal

unifi TV memanfaatkan rangkaian jalur lebar dengan teknologi penyiaran berganda juga penyiaran tunggal dalam menyediakan kandungan video kepada pelanggannya.

Malangnya tidak, buat masa sekarang.

Tidak. Kami menyediakan pengalaman menonton terbaik ke kaca TV anda dan kandungan kami disulitkan serta hanya boleh dinyahsulitkan dengan menggunakan sambungan unifi TV STB.

Tidak.

Sila pastikan kabel sambungan AV dan Ethernet juga sambungan di antara RG dan STB unifi TV adalah betul serta berada pada tempatnya. Untuk kandungan tambahan sila pastikan yang anda telah membeli sebelum menonton. Sekiranya masih bermasalah, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan TM di talian 100/ + 603-2241129 sekiranya anda menghubungi daripada luar negara untuk bantuan dan bacakan mesej yang terpapar pada skrin TV anda.

Pertama sila pastikan sambungan kabel AV dan RG anda disambungkan dengan sempurna. Kemudian, 'reboot' STB unifi TV anda. Sekiranya masih bermasalah, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan TM di talian 100/ + 603-2241129 jika anda menghubungi daripada luar negara untuk bantuan. Anda tidak mendapat pelepasan caj bulanan.

Sila periksa;

a) Alat kawalan jauh di tujukan kepada penerima isyarat STB, atau STB signal receiver.

b) Cukup kuasa bateri.

c) Bateri dipasang dengan betul. Jika alat kawalan rosak, anda boleh mendapatkan yang alat kawalan baru di TMPoint terpilih pada harga RM 25.

Anda boleh cuba membaiki penetapan contrast/brightness pada TV anda. Jika masih bermasalah sila hubungi Pusat Panggilan TM di 100/+603 2241129 jika anda menghubungi daripada luar negara untuk bantuan.

Kami menawarkan pelanggan pelbagai saluran TV dan filem, sesetengah kandungan tidak sesuai untuk kanak-kanak. unifi TV menyediakan Parental Control yang membenarkan anda memilih apa yang anak anda boleh atau tidak boleh tonton. Ciri ini terdapat di bawah tab ikon Penetapan atau memerlukan 6 digit PIN kod untuk diaktifkan.Skrol Menu dan skrol ke bawah untuk mencari ikon Penetapan atau 'Settings'. Di bawah Profil Informasi pilih Sekat atau 'Block' mana-mana saluran.

Anda boleh membeli suis tambahan AV untuk sambungan berbilang.

Malangnya kami tidak menawarkan kabel tambahan AV. Kabel AV boleh didapati di kebanyakan kedai elektrik.

Buat masa sekarang unifi TV hanya menyasarkan isi rumah rakyat Malaysia. Jadi anda tidak boleh mengakses unifi luar daripada Malaysia.

Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan TM di 100/ +603 2241129 sekiranya anda memanggil daripada luar negara untuk khidmat penyelenggaraan dan bantuan selepas jualan. Sekiranya kami dapat memastikan yang kerosakan STB berpunca daripada ralat pembuatan, tiada caj akan dikenakan sepanjang tempoh waranti (waranti melindungi sebarang ralat pembuatan). Sila maklum yang sebarang pembaikian/modifikasi tanpa kebenaran pada STB akan membatalkan waranti.

Sekiranya masih dalam tempoh waranti, TM akan menggantikan STB. Walaubagaimanapun, selepas tempoh waranti tamat caj RM 50 akan dikenakan di lokasi yang di lawati oleh wakil kami. Sekiranya STB digantikan, tempoh waranti masih mengikut STB yang pertama. Tiada tempoh waranti untuk alat kawalan jauh. Anda boleh membeli alat kawalan jauh gantian di TM Point terpilih pada harga RM 25.

• STB unifi TV: STB unifi TV memiliki tempoh waranti selama 12 bulan daripada tempoh pemasangan. Sekiranya ralat STB berlaku sepanjang tempoh waranti, Agen Perkhidmatan Sah TM akan menggantikannya dengan STB baru penggantian secara (1:1). Sebarang penggantian STB baru bergantung kepada tempoh waranti seperti berikut:

a) Tempoh waranti item yang digantikan masih berbaki lebih daripada (3) bulan, gantian baru akan menyambung baki waranti tersebut. Contoh jika ralat berlaku pada bulan ketiga, waranti bagi gantian baru adalah selama 9 bulan.

b) Tempoh waranti kurang daripada (3) bulan, pembekal akan memberikan tempoh waranti selama (3) bulan dari tarikh penggantian STB baru. Contoh, ralat berlaku pada bulan ke-11, tempoh waranti barangan yang digantikan adalah (3) bulan.

Tidak, kami tidak galakkan. Ini bagi mengelakkan sebarang gangguan dan menjaga kualiti perkhidmatan, kami mencadangkan anda menggunakan alat kawalan jauh original yang dibeli dari TMpoint.

Aplikasi & Perkhidmatan

Kandungan yang ditawarkan menerusi perkhidmatan VOD termasuk filem daripada Hollywood, Malysia juga rantau Asia. Perkhidmatan ini juga menawarkan kandungan on Demand seperti drama, dokumentari, dan rancangan TV popular yang anda boleh tonton menerusi pelbagai program yang disiarkan menerusi saluran premium kami. Maklumat terperinci tawaran perkhidmatan VOD boleh di temui di https://unifi.com.my/whats-hot/on-demand.

Terdapat dua cara anda boleh mengakses video on demand.

i) Klik butang VOD pada alat kawalan jauh. Anda akan mengakses ke menu video on demand secara automatik.

ii) Klik butang menu pada alat kawalan jauh. Anda akan lihat menu utama pada skrin TV anda. Skrol ke kiri atau ke kanan sampai bertemu dengan ikon VOD, klik OK dan anda akan dibawa kepada menu Video On Demand.

Bilangan filem atau program bersiri kami tidak tetap disebabkan kami kerap memperbaharu dan menambah kandungan kami. Ini bagi memberikan anda lebih banyak pilihan.

Video On Demand unifi TV berbeza disebabkan anda dibenarkan untuk memilih filem ataupun program bersiri yang anda suka. Anda boleh menonton pada bila -bila masa tanpa perlu mengikut jadual. Anda juga boleh menonton seberapa banyak yang anda suka. Sambil menonton anda boleh guna fungsi henti seketika, mundur ke belakang juga maju ke depan termasuklah tanda atau 'bookmark'.

Tidak, kandungan baru akan ditambah kepada senarai pilihan setiap bulan. Ini dikenali sebagai 'content refreshed' atau konten diperbaharui.

Kadar kandungan diperbaharu berbeza dari semasa ke semasa. Pada kebiasaannya 'Content Refreshed' akan memberikan lebih banyak masa untuk kita menikmati kandungan berbeza yang ditawarkan. Bagaimanapun, untuk info lanjut layari https://unifi.com.my/tv/whats-hot/on-demand.

Kandungan diperbaharu setiap bulan.

Sesebuah judul filem atau program bersiri tersedia untuk anda dari 1 ke 6 bulan menerusi GUI. Sila ambil perhatian yang tempoh menonton bergantung kepada tempoh sah kandungan.

Perincian setiap judul filem atau program bersiri boleh didapati di bahagian info sesetengah video di dalam GUI. Perincian termasuk harga, sinopsis, klasifikasi program, genre, tempoh masa, bilangan episod, tajuk, pengarah juga pelakon.

Anda boleh menetapkan 40 bookmark pada filem berbeza tanpa mengira masa.

Boleh. Gunakan fungsi cari atau 'search' di dalam menu VOD. Anda boleh cari menggunakan beberapa kategori; seperti tajuk, pelakon juga genre.

Sekiranya berminat anda boleh mendaftar menerusi:

•Laman web unifi: https://unifi.com.my/tv

•Pusat Panggilan TM 100/+6032241129 sekiranya anda memanggil daripada luar negara.

• Kunjungi outlet TMpoint terpilih yang kini dalam kawasan liputan. Sila semak https://unifi.com.my untuk senarai outlet terkini.

Tidak. Hanya pelanggan unifi boleh melanggan unifi TV.

•  unifi Plus Box is Unifi TV’s latest media box (Android TV Box) launched to maximize the viewing experience of our Unifi customers.

 


•  Unifi Plus Box comes with the following features:
- Direct access to all content genre - linear channels, on demand programs and pre-installed streaming apps
- An interactive and immersive viewing experience.
- Enjoy your content in full High Definition (HD) and supports 4K quality.
- Use voice control with Google Assistant on your remote control.
- Cast content from your smart devices to your TV with Unifi Plus Box.

For more info, visit https://unifi.com.my/tv/offerings/devices/unifi-plus-box

With Unifi Plus Box, the major difference that you will experience is the pre-installed streaming apps (OTT) available. You will enjoy benefits such as:-


•  Access to more content from our media streaming app partners which are pre-installed for your convenience to watch on the big screen eg; YouTube, Viu, iQIYI, WeTV and more.
•  You can also download your favourite apps available on Google Play Store
•  For more info on streaming apps, visit Unifi TV website and select TV Apps https://unifi.com.my/tv/tv-apps

There are several Unifi plans that come with Unifi Plus Box. Unifi Plus Box is bundled with all Unifi TV Packs and also available a la carte.

For more info, visit https://unifi.com.my/tv/devices/unifi-plus-box 

Boleh. Satu TV boleh disambungkan kepada STB menggunakan kabel HDMI manakala set TV yang lain boleh disambungkan dengan menggunakan kabel AV. Bagaimanapun kedua-dua TV mesti menunjukkan kandungan yang sama pada masa yang sama.

Sekiranya anda berpindah ke kawasan HSSB yang lain anda boleh membawa pakej unifi bersama unifi TV. Bagaimanapun sila maklumkan TM tentang perpindahan anda. Yuran pemindahan akan dikenakan.

Boleh, tetapi ia dipakej sekali dengan pelan unifi anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

unifi TV akan di batalkan secara automatik sebaik sahaja anda membatalkan langganan unifi.

Sekiranya anda masih dalam tempoh kontrak langganan, yuran penalti akan dikenakan.

Broadband & Unifi TV

Untuk senarai penuh saluran yang ditawarkan sila layari https://unifi.com.my/tv/whats-hot/live-tv. TM berhak mengeluarkan, menggantikan,mengurangkan juga menambah saluran TV kepada saluran penyiaran unifi TV.

Saluran TV langsung yang ditawarkan daripada pelbagai stesen penyiaran TV tempatan juga stesen penyiaran TV antarabangsa.

Guide' adalah panduan program sama seperti panduan saluran TV. Ia memberitahu anda siaran program setiap saluran pada masa-masa tertentu. Anda juga boleh melihat sinopsis program untuk membantu pilihan tontonan anda.

'Guide' akan memaparkan kepada anda beberapa program sepanjang hari sekali imbas. Anda juga boleh pilih hari ataupun saluran yang anda mahu lihat. Anda juga boleh membandingkan ketersediaan program dalam saluran yang berlainan pada masa yang sama.

Anda boleh tetapkan dengan menekan butang R apabila anda berada di mana-mana 3 panduan yang telah disenaraikan seperti di atas.

Anda boleh menetapkan sebanyak 10 'reminder 'pada satu-satu masa.

Boleh, 'reminder' akan disusun atur, 'reminder' pertama akan dipaparkan terlebih dahulu dikuti 'reminder' yang lain.

•Ciri Mosaic membenarkan anda melihat semua saluran yang anda langgan dalam satu paparan. Ia membolehkan anda anda melihat program yang sedang berlangsung di semua saluran sekaligus.

• Untuk mengakses ciri Sistem Pengguna hanya tekan saluran bernombor 99 .

• Untuk mengakses ciri Sistem Mosaic hanya tekan saluran bernombor 100.

•Daripada laman Mosaic anda boleh memilih mana-mana saluran untuk dilihat dengan menggerakkan anak panah dan klik butang OK.

Ciri Mosaic membenarkan anda melihat semua Saluran TV Penyiaran yang disiarkan secara serentak. Dengan Mosaic view anda boleh melihat semua saluran dan memilih saluran manakah yang ingin ditonton. Manakala aplikasi VOD dan TV Interaktif membenarkan anda memilih mana-mana saluran yang ingin anda tonton pada bila-bila masa.

Buat masa sekarang sistem hanya boleh memaparkan 45 program dalam satu laman Mosaic. Kami akan terus meningkatkan pengalaman menonton dengan menambah lebih banyak saluran.

Favourite adalah ciri yang membenarkan anda menetapkan satu-satu saluran yang anda langgan sebagai kesukaan jadi ia memudahkan anda merujuk saluran tersebut pada masa akan datang.

Anda boleh menetapkan menerusi Mosaic saluran 100 hanya ikut arahan yang tertulis pada skrin TV. Atau secara alternatif anda boleh pilih saluran favourite dengan pergi ke 'Settings' dan pilih 'Favourites'

Anda boleh menetapkan seberapa banyak saluran yang anda suka. Saluran ini boleh diakses menerus Mosaic User, saluran 100.

•Sama seperti perkhidmatan TV Berbayar pelbagai saluran di seluruh dunia, unifi TV memberikan anda kelebihan untuk menonton program kesukaan anda walaupun ia dimainkan secara serentak pada saluran berbeza.

• Jika anda tidak dapat menonton atas beberapa sebab, anda masih boleh menonton program tersebut pada waktu yang lain.

•Ciri PIP membenarkan anda melihat saluran TV pada skrin yang kecil sementara anda menonton saluran satu lagi pada skrin yang besar atau utama.

• Dengan ciri ini anda boleh cari program yang lain tapi dalam masa yang sama masih menikmati program yang sedang anda tonton.

• Untuk menikmati PIP tekan butang R pada alat kawalan jauh.

• Anda boleh melayari saluran pada PIP menggunakan butang Y dan B. Apabila anda menemui saluran yang anda suka anda boleh tukar di antara skrin besar dan kecil menggunakan butang G.

Anda boleh menggunakan PIP seberapa banyak yang anda suka sambil menonton rancangan TV.

•Tidak, anda tidak boleh menggunakan PIP sambil menonton VOD atau aplikasi TV Interaktif.

• Bagaimanapun di dalam menu VOD dan Interaktif terdapat skrin PIP di mana anda masih boleh menonton saluran TV Secara Langsung.

• Untuk sesetengah saluran, unifi TV mungkin menyediakan beberapa audio bahasa untuk pilihan pelanggan.

• Buat masa sekarang, ciri ini terdapat pada Euronews dan LUXE.TV HD. Anda boleh pilih di antara English juga bahasa Perancis.

• Untuk mengaktifkan Pilihan Audio sila klik butang I/II pada alat kawalan jauh anda.

• Boleh, anda boleh cari program TV menerusi fungsi Cari atau Search pada menu Penetapan atau Settings.

• Klik butang menu pada alat kawalan jauh.

• Gerakkan ke kiri atau ke kanan sehingga anda ketemu Search dan klik OK.

• Kemudian anda boleh taip nama yang anda cari.

• Ciri ini membenarkan anda henti seketika program TV Langsung.

• Anda boleh mundur sehingga 2 jam ke belakang masa menonton sekarang.

• Untuk menikmati ciri TSTV gunakan butang seperti berikut pada alat kawalan jauh:

- II butang (ikon pause)

- Untuk mengaktikan ciri TSTV. Program langsung akan henti seketika. Untuk kembali menonton program langsung, tekan butang tersebut sekali lagi.

- PG Up untuk kembali ke 2 jam sebelum program yang sedang berlangsung.

- PG Down untuk balik ke program terkini.

Anda hanya boleh henti seketika program hanya selama 2 jam.

Tidak anda hanya dibenarkan untuk mundur selama 2 jam sahaja

Anda hanya boleh undur ke belakang untuk melihat program yang anda terlepas menerusi ciri TSTV.

Ketersediaan ciri TSTV pelbagai, bergantung kepada saluran dan program. Tekan Guide pada alat kawalan jauh anda atau rujuk https://unifi.com.my/tv/whats-hot/live-tv untuk maklumat lanjut.

Ciri TSTV tersedia berdasarkan jenis penyusunan perlesenan yang kami miliki bersama penyedia kandungan kami. Jadi, hanya saluran yang memiliki lesen tersebut memiliki ciri ini.

Tidak, ianya adalah percuma untuk semua pelanggan unifi TV.

Ciri yang membolehkan anda untuk menonton program TV, 7 hari sebelum.

Anda boleh mengakses program hari sebelum menerusi Panduan Program Mingguan. Saluran yang memiliki ciri Catch Up ini akan memiliki logo ini di sebelahnya. Untuk menonton program terdahulu, layar UP dan DOWN untuk menyerlahkan program di dalam Program Panduan Mingguan. Tekan butang OK. Program akan dimainkan sama seperti VOD. Sebaik sahaja program yang anda pilih tamat program seterusnya di dalam EPG akan di mainkan sehingga anda menekan butang BERHENTI atau STOP.

Buat masa sekarang anda hanya boleh menonton program hanya 7 hari sebelum.

Ketersediaan ciri Catch-Up TV adalah pelbagai, bergantung kepada saluran dan program. Tekan Panduan pada alat kawalan jauh anda atau rujuk https://unifi.com.my/tv/whats-hot/live-tv intuk info lanjut.

Catch Up TV tersedia berdasarkan jenis penyusunan perlesenan yang kami miliki bersama penyedia kandungan kami. Jadi hanya saluran yang memiliki lesen tersebut memiliki ciri ini.

Tidak, ianya adalah percuma untuk semua pelanggan unifi TV.

Highlights Channel adalah saluran yang memberikan titik tumpu kepada promosi kandungan unifi TV seperti program TV, VOD, aplikasi interaktif dan banyak lagi.

Aplikasi unifi PlayTV

  •  unifi Play TV merupakan aplikasi yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store di Android, Apple App Store di iOS dan AppGallery di Huawei.

 

  • unifi Play TV membolehkan anda strim dan menyaksikan saluran TV secara langsung dan kandungan 'On-demand' pada Android (peranti Android mudah alih dan Android TV yang sah), iOS (iPhone dan iPad) dan pelayar web. Ini merupakan tambahan kepada pengalaman tontonan unifi TV menerusi set televisyen unifi TV Box dan unifi Plus Box.
  • unifi TV merupakan perkhidmatan IPTV yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia Berhad ™ yang ditawarkan menerusi unifi serta merupakan sebahagian daripada pekej unifi Home dan unifi Bussiness.
  • Anda boleh menonton pelbagai saluran TV secara Langsung dengan melanggan pek unifi TV atau anda boleh melanggan mana-mana saluran secara ala carte. Anda juga dapat memilih dan membeli filem daripada Hollywood, Lokal, Asia dan Eropah secara 'On-Demand' mengikut judul filem pilihan anda.

Saluran 'Live TV' atau TV Langsung boleh dilanggan secara individu pada bila-bila masa. Anda juga boleh melanggan lebih daripada satu pek dengan pelbagai saluran.

Kandungan 'On-Demand' membolehkan pelanggan menonton filem pilihan atau kandungan TV mengikut masa mereka. Pelanggan dapat menikmati kandungan selama 48 jam daripada masa pembelian.

'Catch-up TV' merupakan ciri yang membolehkan anda menonton program yang anda terlepas. Program tersedia selama tujuh (7) hari daripada saat anda melakukan muat turun.

Nota: Disebabkan hak pemilikan kandungan dan pelesenan, ketersediaan ciri ini mungkin berbeza. Layari https://unifi.com.my/tv untuk menyemak senarai penuh saluran yang tersedia.

Fungsi 'Parental Control' membolehkan anda menyekat tontonan atau pembelian program TV  yang tidak sesuai mengikut tetapan anda dengan mengunci saluran menggunakan PIN 'Parental'.

Nota: PIN 'Parental' sama seperti PIN Pembelian.

PIN Pembelian membolehkan anda melanggan Saluran 'Live' atau filem 'On-Demand'.

Nota: PIN Pembelian hanya tersedia bagi pelanggan unifi TV.

 

  • Fungsi 'Time Shift' membolehkan anda menonton  program yang direkod dalam satu tempoh masa dan anda boleh menontonnya mengikut kesesuaian masa anda.
  • Langkahnya mudah: hanya gerakkan 'slider' ke belakang pada program yang direkod di saluran terpilih. Anda boleh menonton sehingga dua (2) jam kandungan yang direkod.

Bagi peranti Android Mudah Alih dan TV Android yang sah, sila muat turun aplikasi versi terkini kepada peranti sepadan yang menggunakan pengoperasian Android Lollipop (5.0) atau Android versi terkini.

 

Bagi iPhone dan iPad, sila muat turun aplikasi versi terkini dengan menggunakan peranti sepadan dengan pengoperasian iOS 11 atau yang paling kini.

 

  • Pelayar web yang menyokong:
  • Google Chrome – Versi 990.4844.82 ('Official Build') (64-bit)('recommended')
  • Mozilla Firefox – Versi (98.01) (64-bit) dan ke atas
  • Microsoft Edge – Versi 99.0.1150.46 ('Official Build') (64- bit) dan ke atas

 

  • unifi  Play TV Players buat masa sekarang tidak berfungsi pada pelayar Safari mana-mana peranti Apple.

  • Bagi pelanggan pek unifi TV, anda dapat menikmati bonus iringan ID Pengguna bergantung kepada pelan unifi broadband anda. Minimum bonus iringan ID yang diberikan boleh digunakan pada dua (2) peranti serentak.
  • Anda hanya perlu memuatturun unifi Play TV dan log masuk menggunakan ID unifi TV anda.
  • Anda juga boleh naik taraf kepada pelan yang membolehkan perkongsian penggunaan lima (5) peranti pada hanya RM10 sebulan.

Nota: Bagi pelanggan unifi TV, ID log masuk anda adalalah xxx@iptv atau xxx@tvos.

Untuk melanggan, sila masukkan PIN Pembelian dan pembelian anda akan terpapar pada bil unifi.

Jika anda terlupa kata laluan, hanya set semula menerusi aplikasi unifi Play TV daripada peranti mudah alih dan ikuti langkah berikut:

  1. Lancarkan aplikasi unifi Play TV
  2. Pilih "Forgot password"
  3. Masukkan "login ID"
  4. Pilih cara untuk anda menerima kod pengesahan (kod akan dihantar ke nombor telefon mudah alih yang telah anda daftarkan atau menerusi emel). Bagi  pelanggan unifi, sila sahkan nombor telefon mudah alih anda. Anda mungkin perlu menghubungi kami jika baru-baru ini anda mengemaskini nombor telefon anda.
  5. Masukkan kod pengesahan.
  6. Masukkan kata laluan baru.
  • 'Default' PIN Pembelian anda adalah 123456. Jika anda terlupa Pin Pembelian anda, anda boleh set semula PIN dengan menggunakan aplikasi unifi Play TV.
  • Hanya pergi ke: 'Profile' > 'View My Profile' > PIN > 'Reset PIN'
  • Sila ikuti langkah berikut:
  1. Masukkan kata laluan unifi Play TV
  2. Masukkan PIN baru
  3. Sahkan PIN
  • Ya, boleh, hanya daftar menggunakan ID Facebook atau nombor telefon mudah alih anda.
  • Cara ini membolehkan anda log masuk menerusi dua (2) peranti secara serentak.

Bagi pendaftaran baru secara mobile & Facebook, anda boleh menikmati akses tanpa had ke semua saluran premium.

 

Anda dikehendaki melanggan kembali kandungan atau pakej yang dimahukan sebaik sahaja akses tanpa had telah luput

 

Anda boleh pilih mana-mana tiga (3) saluran premium mengikut harga di bawah:

1. Pek 'Daily' RM1

2. Pek 'Weekly' RM5

3. Pek 'Monthly' RM15

 

Nota: TM memiliki hak untuk menambah, mengeluar atau mengubah kandungan yang ditawarkan. Layari https://unifi.com.my/tv untuk melihat senarai penuh saluran yang tersedia.

Bermula 1 April 2022, langganan hanya tersedia menerusi pelayar web. Sila log masuk ke https://playtv.unifi.com.my

 

Anda boleh melanggan mana-mana saluran secara ala carte atau dengan melanggan VOD serta membuat pembayaran dengan cara:

 

  1. Baucer
  2. Kad Kredit/ Debit
  3. FPX*
  4. Bil unifi Mobile

 

*menerusi gerbang pembayaran TM

There are two (2) ways to terminate the auto subscriptions.

 

Terdapat dua (2) cara untuk membatalkan langganan automatik:

 

Menerusi aplikasi:

  • Pergi ke 'Profile'
  • Klik 'Purchased'
  • Pilih Saluran/Pek yang ingin dibatalkan
  • Klik 'Unsubscribe'

 

Menerusi SMS (hanya untuk pengguna unifi Mobile):

  • Pergi ke SMS (yang diterima semasa anda membeli saluran)
  • Klik pautan yang diberikan
  • Klik 'Cancel Subscription'

 

  • Sila semak versi Android atau iOS anda. Sila ambil perhatian bahawa aplikasi hanya boleh dipasang dengan menggunakan sistem operasi yang sepadan.
  • Aplikasi juga tidak berfungsi dengan iOS yang telah diubahsuai 'jailbroken' atau peranti Android yang luput.

Ini mungkin disebabkan:

1. ID pengguna atau kata laluan yang tidak tepat – Sila pastikan yang anda telah menaip ID pengguna dan kata laluan yang tepat.

 

  • Jika pelanggan unifi TV – sila gunakan ID yang telah pradireka: xxx@iptv ATAU xxx@tvos. ID anda dinyatakan pada bil unifi dan aplikasi myunifi.
  • Bagi pelanggan bukan unifi TV dan bukan pelanggan unifi broadband – ID pengguna anda adalah nombor telefon atau ID Facebook anda.
  • Jika anda terlupa kata laluan, hanya set semula menerusi aplikasi unifi Play TV  daripada peranti mudah alih dengan mengikuti langkah berikut:

 

  1. Lancarkan aplikasi unifi Play TV.
  2. Pilih "Fogot Password"
  3. Masukkan ID masuk anda
  4. Pilih cara oenerimaan kod pengesahan (kod akan dihantar ke nombor telefon mudah alih yang didaftarkan atau menerusi emel). Bgai pelanggan unifi, sila sahkan nombor telefon mudah alih anda. Anda mungkin perlu menghubungi kami jika baru-baru ini anda telah mengemaskini nombor telefon mudah alih anda.
  5. Masukkan kod pengesahan
  6. Masukkan kata laluan baru

 

Nota: Jika anda gagal untuk log masuk dengan menggunakan ID Facebook – Bersihkan semua 'cache' aplikasi dan log masuk semula , atau pasang semula aplikasi.

 

2.Berkemungkinan ralat sambungan – sila semak data atau sambungan Wi-Fi anda dan pastikan yang ia bersambung dengan internet.

3. Bilangan peranti yang log masuk telah penuh – cuba log keluar mana-mana satu peranti yang menggunakan aplikasi.

Sistem kami mungkin tidak dapat memproses transaksi tersebut. Sila hubungi kami dengan segera di help@tm.com.my atau menerusi akaun media sosial unifi dan kongsikan maklumat transaksi anda.

Pada tetapan peranti anda:

  • Jika peranti Android: Pergi ke 'Settings' > 'Application manager' > playtv@unifi > tekan 'notifications' > kemudian 'off notifications'
  • Jika peranti iOS: Pergi ke 'Profile' > 'Settings' >  'OFF' ' Get Push Notifications'

Jika anda berdepan dengan masalah penstriman unifi Play TV dengan menggunakan peranti iOS:

Langkah 1: Sila semak jika 'Private Relay' dalam keadaan 'On' atau 'Off'

  • Buka 'Settings' pada iPhone atau iPad
  • Tekan nama anda pada bahagian atas dan pilih 'iCloud'
  • Lihat label status pada bahagian kanan "Private Relay". Jika label yang terpapar adalah 'On', bermakna fungsi 'Private Relay' sedang didayakan. Jika sebaliknya, 'Private Relay' tidak berfungsi.

 

Langkah 2:  Padamkan ciri 'Private Relay'

  • Buka 'Settings' pada iPhone atau iPad
  • Tekan nama anda pada bahagian atas dan pilih 'iCloud'
  • Tekan 'Private Relay'
  • Tekan 'toggle' untuk memadamkan iCloud 'Private Relay'
  • Apabila dipadamkan anda akan diberi satu lagi notifikasi secara 'popup'. Hanya pilih 'Turn Off Private Relay'.

unifi PlayTV hanya boleh ditonton di dalam Malaysia sahaja. Ini disebabkan oleh hak tontonan kandungan  sebagaimana yang telah ditetapkan oleh penyedia kandungan.

 

Kami mohon maaf, ciri tontonan 'offline' tidak tersedia buat masa sekarang.

Buat masa sekarang, sarikata / fungsi audio yang pelbagai hanya tersedia pada saluran 'Live TV' dan 'On-Demand' terpilih.

Harap maaf, buat masa sekarang, pembelian kandungan tidak dapat dilakukan menerusi iOS. Bagaimanapun anda boleh melakukan pembelian menerusi Set-Top Box atau  melalui playtv.unifi.com.my dan menontonnya menerusi aplikasi iOS menggunakan akaun yang sama.

Berita baik! Kini anda boleh muat turun unifi PlayTV daripada Google Play Store pada peranti Android (hanya pada  Android TV OS sahaja)

Peranti mestilah diperakui Google dan beroperasi dengan Android TV OS.

Android TV OS merupakan versi sistem operasi Android yang diperakui Google untuk 'digital media players', set-top box, 'sound bar' dan TV.

Perbezaannya adalah sistem operasi kedua-duanya yang berbeza. Android TV mempunyai paparan antara muka pengguna istimewa dan perkhidmatan yang direka khusus untuk TV sahaja.

Ikuti langkah mudah berikut:

  • Buka Google Play Store dan cari "unifi PlayTV"
  • Pasangkan unifi PlayTV
  • Masukkan ID dan kata laluan unifi PlayTV anda
  • Mula menonton!

Anda mungkin tidak dapat memuat turun unifi PlayTV jika:

  • Peranti Android anda tidak diperakui oleh Google
  • Peranti Android anda tidak beroperasi denngan Android TV OS
  • Buat masa sekarang, unifi PlayTV menerusi Android TV OS hanya tersedia buat pelanggan pek unifi TV
  • Sebagai pelanggan pek unifi TV, anda dapat menikmati bonus iringan ID pengguna yang boleh digunakan pada dua (2) peranti secara serentak.
  • Ya, anda boleh log masuk ke unifi PlayTV pada unifi Plus Box dan nikmati  kandungan unifi TV.

 

  • Sila ambil perhatian yang anda tidak dapat log masuk menggunakan nombor mudah alih anda ke peranti Android TV lain kerana ciri ini hanya eksklusif untuk pelanggan unifi Plus Box sahaja. 

Sila pastikan yang anda menyediakan ID dan kata laluan  yang tepat (cth: susan@iptv). Jika anda terlupa kata lalauan, anda boleh set semula kata lalauan di unifi PlayTV menggunakan peranti mudah alih dengan memilih butang "Forgot Password" pada lama log masuk. 

Bagaimanapun, jika anda masih berdepan dengan masalah:

  1. Ralat sambungan
    • Sila semak sambungan Wi-Fi anda
  2. Peranti yang log masuk mencapai tahap maksimum
    • Sila log keluar peranti lain yang bersambung dengan aplikasi unifi PlayTV (maksimum adalah 2 peranti serentak).
  3. Tiada migrasi akaun
    • Kami mohon anda bersabar, kerana sebagai pelanggan unifi TV anda akan dimigrasikan secara berfasa dan ia dijangka akan lengkap pada hujung September 2020.

Sekiranya anda memerlukan bantuan lebih lanjut, sila hubungi kami di unifi.com.my/chat

 

 

 

 

Tidak. Bagaimanapun, anda boleh terus menikmati unifi TV menerusi unifi PlayTV daripada peranti mudah alih atau tablet dan log masuk menggunakan akaun Facebook anda.

Unifi TV hanya boleh ditonton dalam Malaysia sahaja. Ini disebabkan kekangan wilayah dan hak pemilikan tontonan kandungan yang ditetapkan oleh penyedia kandungan. 

Jika anda berdepan dengan masalah untuk strim unifi TV daripada peranti Android:

  1. Sila pastikan bahawa anda menonton daripada peranti Android TV OS terkini yang sah.
  2. Sila pastikan yang anda mempunyai kepantasan muat turun yang mencukupi. Kepantasan muat turun minimum yang disarankan adalah 30Mbps. Kualiti penstriman akan berdasarkan kepantasan lebar jalur yang tersedia bagi memastikan pengalaman penstriman video berada pada tahap yang terbaik.

Bagaimanapun, jika anda masih berdepan dengan masalah ini, sila cuba langkah berikut:

  1. Periksa sambungan internet anda dengan meningkatkan isyarat Wi-Fi.
    • Pindahkan penghala kepada lokasi baru untuk meningkatkan kekuatan isyarat Wi-Fi.
    • Semak sebarang halangan atau gangguan isyarat daripada peranti lain seperti telefon tanpa wayar atau ketuhar gelombang mikro
    • Anda juga dinasihatkan untuk menghadkan bilangan peranti yang behubung bagi memastikan yang anda mepunyai lebar jalur yang mencukupi untuk melakukan penstriman menerusi peranti Android.
  2. Pasang semula peranti Android dan dayakan aplikasi unifi TV
  3.  Bersihkan data unifi TV
    • Pergi ke "Settings" > "Apps" >unifi TV
    • Cari menu "Clear Data" dan tekan "OK"

Jika anda telah melakukan semua langkah di atas tetapi masih tidak dapat melakukan penstriman unifi TV, sila hubungi kami menerusi Live Chat dan kongsikan kod ralat atau masalah yang anda sedang hadapi.

The Unifi TV app QR scanner is the latest feature available for Unifi Home customers with Unifi TV. The QR scanner feature on Unifi TV app will help simplify the login method for Unifi Plus Box and will also ease customers to participate in contests for Unifi TV customers.

Unifi Plus Box customers are now able to scan the QR code on their TV screen to start viewing Unifi TV on Unifi Plus Box by scanning QR code from their Unifi TV app.

With this function Unifi Plus Box customer have the flexibility to login to their Unifi Plus Box without using Unifi Plus Box remote control and your TV screen keyboard.

We are sorry. This feature is only available on Unifi TV app on Android and iOS (mobile, tablet and iPad)

  • Just download the latest unifi PlayTV app on your device -mobile, tablet or iPad (downloadable from AppStore on iOS, Google Playstore on Android and AppGallery on Huawei) and follow these simple steps:
    1) Launch unifi PlayTV app and login using your unifi PlayTV login ID on your device
    2) Go to ”Profile” and choose “QR scan”
     
  • How to login to unifi Plus Box using QR Scanner?
    a) Launch unifi TV app from your unifi Plus Box
    b) Use the “QR Scan” feature in unifi playTV app to scan the QR code on your TV screen to authorise login
    c) All done, now you can enjoy watching!
     
  • How to join the contest via QR Scanner?
    a) Use the “QR Scan” feature in unifi PlayTV app to scan the QR code that will appear on your TV screen
    b) Join the contest and stand a chance to win attractive prizes. Kindly note, the contest will be based on campaign basis and we will announce it from time to time.

The service is available only to Unifi Home subscribers with Unifi TV subscription.

  • Yes, you can still use your phone’s camera or any third party QR scanner app.
  • Upon scanning, you will be directed to the AppStore on iOS, Google Playstore on Android or AppGallery on Huawei to install or launch the unifi PlayTV app.
  • Simply key-in your unifi PlayTV ID and password on unifi playTV app and scan the QR code again using the QR scanner on the app to start viewing.

If you have forgotten your password, just reset through your unifi PlayTV app from your mobile device, by following this steps:

  1. Launch your unifi PlayTV app
  2. Select “Forgot password”
  3. Key-in your login ID
  4. Select your preferred option to receive the verification code (the code will be sent to your registered mobile number or email). For unifi customers, please verify your mobile number, you may need to contact us if you have recently updated your mobile number.
  5. Key-in verification code
  6. Key-in new password

To enjoy the QR scanner function you need to be a Unifi TV customer or upgrade your Unifi Home with Unifi TV subscription to enjoy the new QR scanner feature.

At the moment, unifi TV app can only be downloaded on Samsung and LG Smart TV. Don’t worry, more brands will be added to the list and we will keep you updated once it is available.

  • Samsung Smart TV (Model Year: 2020 & 2021)
  • LG Smart TV (Model Year: 2021 and latest)

 

For Samsung Smart TV, your TV should run on Tizen OS version 5.5 or 6.0 only.

  • For LG Smart TV, your TV should run on WebOS version 6 and above.
  • However, if you can’t find the unifi TV app in your Smart TV App Store, it means that your TV is not compatible with the app.

 

For Samsung and LG Smart TV:

  • Step 1: Press Home button on your Smart TV’s remote control and select “Apps”

 

  • Step 2: Go to “Search” icon on the top right screen and search for “unifi TV app”

 

  • Step 3: Press “OK” to install

 

The service is available only for Unifi Home subscribers with Unifi TV subscription.

Yes, you can login and watch all the subscribed content if you are a Unifi Home subscriber with Unifi TV subscription. However, some of the features may not be available due to the system limitation.

 

 

TM has various digital channels for its customers to interact with us. Should the customers have any enquiries or require any assistance, they can get in touch with TM through our digital channels as below:

New Channels Subscription & Activation

We still have a great selection of other contents. You can continue to watch other channels available within your pack. Stay tuned for more amazing channels as we always enrich our content line-up from time to time.

Additionally, you can also subscribe to any of our 16 streaming apps from as low as RM5/month https://activate.unifi.com.my/ott/unifi.aspx?o=a

There will be no rebate applicable following the discontinuation of these channels.

 

The monthly charges of the Unifi TV Pack consist of the bundled value for the group of entertainment category channels, not by the value of individual channels.

You will no longer be charged for the six (6) discontinued channels starting February 2023 as the channels are no longer available for viewing.

 

Any adjustments on the subscription fees if applicable, will be reflected in your February 2023 bill.

UNIFI TV BIZ PACKS PROMO 2022

Pek unifi TV Biz merupakan pek khusus untuk pelanggan SME menikmati pelbagai pilihan kandungan dengan harga yang berpatutan.

 

Terdapat 3 pek yang tersedia untuk SME:

 

  1. Pek Biz Fun
  2. Pek Biz Corporate
  3. Pek Biz Sports

Senarai saluran Pek unfi TV Biz yang telah dikemaskini:

 

Pek Biz Fun (RM70)

  1. Inspirasi HD
  2. Sensasi HD
  3. Dunia Sinema HD
  4. BBC Lifestyle HD
  5. CNA HD
  6. Boomerang HD
  7. DreamWorks HD
  8. Travel Channel HD
  9. MTV Asia HD
  10. ROCK Entertainment HD

Pek Biz Corporate (RM70)

  1. Inspirasi HD
  2. Sensasi HD
  3. Dunia Sinema HD
  4. BBC Lifestyle HD
  5. CNA HD
  6. Al Jazeera HD
  7. BBC World News HD
  8. Euronews

Pek Biz Sports (RM70)

  1. SPOTV HD
  2. SPOTV2
  3. unifi Sports 1 HD
  4. unifi Sports 2 HD
  5. unifi Sports 3 HD
  6. unifi Sports 4 HD
  7. unifi Sports 5 HD

 

 

Harga langganan bulanan Pek unifi TV SME seperti berikut:

 

  1. Pek Biz Fun – RM70.00
  2. Pek Biz Corporate – RM70.00
  3. Pek Biz Sports – RM70.00

Untuk menggalakkan pelanggan SME menikmati variasi saluran berkelas dunia. Pelanggan baru Pek Promosi unifi TV Biz dari 19 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022  akan  menikmati akses percuma saluran tambahan dalam setiap pek selama 12 bulan. Berikut merupakan saluran tambahan yang dapat dinikmati oleh pelanggan sepanjang tempoh promosi:

 

Pek unifi TV Biz Fun & Pek Biz Corporate

  1. beIN SPORTS 1 HD
  2. beIN SPORTS 2 HD
  3. DEGUP HD
  4. CGTN HD
  5. CCTV-4 HD

 

Pek unifi TV Biz Sports

  1. beIN SPORTS 1 HD*
  2. beIN SPORTS 3 HD*
  3. DEGUP HD

 

*beIN SPORTS 1 & 3 HD akan dimasukkan ke dalam pek unifi TV BIz Sports selepas akses percuma selama 12 bulan.

Promosi Pek unifi TV Biz tersedia hanya untuk pelanggan Baru unifi yang melanggan MANA-MANA Pek unifi TV Biz (Pek Biz Fun, Pek Biz Corporate atau Pek Biz Sports).

Pelanggan sedia Pek Biz TIDAK layak untuk promosi ini.

Pelanggan sedia yang hanya melanggan saluran secara ala carte perlu menaik taraf/ menukar langganan mereka kepada Pek unifi TV Biz bagi menikmati promosi ini

Promosi Pek unifi TV Biz bermula dari 19 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022. 

Pelanggan dapat menikmati saluran tambahan sempena promosi ini selama 12 bulan bermula dari tarikh pengaktifan langganan Pek unifi TV Biz.

 

Contoh: pelanggan A mengaktifkan akaun unifi TV pada 30 November 2022, beliau dapat menikmati Promosi Pek unifi TV Biz sehingga 30 November 2023.

Sebaik sahaja akaun anda diaktifkan, anda hanya dapat menikmati saluran tambahan dan Pek unifi Biz dalam masa 3 hingga 4 hari bekerja.

Anda tidak lagi dapat menonton saluran tambahan di bawah Promosi unifi TV Biz. Bagaimanapun anda boleh terus mengakses saluran yang tersenarai dalam langganan Pek unifi TV Biz selagi mana akaun anda masih aktif.

 

(sila rujuk soalan 2 untuk senarai saluran original Pek unifi TV Biz)

Anda boleh melanggan pek menerusi mana-mana saluran berikut:

 

  • Hubungi 100 (unifi & Streamyx)
  • Kunjungi TMPoint berdekatan
  • Temukan Wakil Eksekutif Jualan (AE)
  • Penjual TM bertauliah

Senarai saluran dalam setiap Pek unifi TV Biz tersedia secara prapilihan mengikut genre pek.

 

Jika anda perlukan saluran tambahan berdasarkan permintaan pelanggan anda, anda boleh melanggan secara ala carte.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web unifi TV di https://www.unifi.com.my/tv/plans dan pilih "Business"

Tempoh langganan minimum Pek unifi TV Biz adalah selama 12 bulan.

Boleh, anda boleh membatalkan langganan Pek unifi TV Biz. Bagaimanapun, kami tidak menggalakkannya kerana langganan anda tertakluk kepada tempoh langganan minimum selama 12 bulan. Pembatalan semasa tempoh minimum adalah tidak digalakkan.

 

Jika saluran dalam Pek TV semasa anda tidak menepati keperluan bisnes anda, anda mempunyai pilihan untuk menukar pek TV kepada pek yang tersedia tanpa caj tambahan.

 

Pembatalan pek TV selepas tempoh minimum langganan berakhir boleh dilakukan  menerusi saluran berikut:

  • Kunjungi TMpoint berdekatan anda
  • Wakil Eksekutif Jualan (AE)

Sebarang permohonan pembatalan awal  oleh pelanggan sebelum tempoh minimum langganan tamat tertakluk kepada penalti.

 

Formula penalti dikira seperti berikut:

 

Yuran langganan bulanan x Bilangan bulan yang masih berbaki

 

Jumlah amaun akan dikenakan secara 'lump sum' atau sekali gus pada bil terakhir anda.

Pembatalan akan berlaku secara automatik dari tarikh permohonan pembatalan.

Anda boleh berurusan dengan Wakil Eksekutif Jualan (AE) atau kunjungi mana-mana cawangan TMpoint dan pegawai kami berbesar hati untuk membantu anda.