Peranti

Alami hiburan luar biasa di rumah dengan peranti terkini.

unifi Plus Box

Pengalaman unifi TV terunggul kini milik anda! Saksikan siaran sukan secara LANGSUNG,  berita  hangat, program kanak-kanak, dokumentari, drama lokal juga antarabangsa serta filem Blokbuster!

Ciri

Sebut untuk lihat

Hanya tekan butang dan arahkan. Kini lebih banyak yang anda boleh lakukan dengan suara. Kawal peranti pintar rumah anda, semak keadaan cuaca, dapatkan jawapan, cari atau mainkan rancangan kegemaran anda. Hebat bukan?.

Himpunan aplikasi

Aplikasi kegemaran anda dihimpunkan di dalam unifi Plus Box secara pra-pemasangan. Langgan unifi untuk menikmati tawaran eksklusif.

Paparan besar lebih hebat

Tiada lagi kekangan skrin kerana anda boleh membuat siaran video, muzik, foto dan permainan tanpa wayar dengan hanya satu sentuhan pada peranti mudah alih.

Paparan 4K berbanding HD

unifi Plus Box menyokong video 4K dan menyiarkannya dengan imej nyata. Sila pastikan anda memiliki padanan TV 4K UHD, 4K UHD Android box juga kandungan 4K UHD untuk menikmati hiburan kualiti terbaik 4K UHD.

Sambungan serentak ke 3 set TV

Tiada lagi drama berebut siaran TV. unifi TV boleh dinikmati di 3 TV pada masa yang sama, menerusi sambungan unifi Plus Box.

Dapatkan unifi Plus Box bila anda mendaftar
internet tanpa had unifi Home™!

Cara memasang unifi Plus Box.

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman laman web ini. Dengan menggunakan laman ini anda telah bersetuju dengan terma penggunaan yang telah digariskan oleh Polisi Privasi kami.